Monday, February 2, 2009

Kata Nama

TATABAHASA DEWAN 2004

Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. (m/s 97)


Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4

Kata nama ialah kata untuk merujuk kepada nama sesuatu yang hidup seperti manusia, bukan manusia dan sesuatu yang tak hidup sama ada abstrak atau konkrit.


1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat

(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian

tua - ketua

raja - kerajaan

tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm


Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.

Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.


Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.

haiwan: ayam, itik, buaya dll.

benda: televisyen, komputer, bank dll.

tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.


Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.


Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.


Kata Ganti Nama

Untuk rencana lanjutan, lihat Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:

diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita

diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba

diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya



Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

Awalan ke-

Awalan ke- boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan ke-. Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat.

Kata Akar

Kata Terbitan

Keterangan

kasih

kekasih

Penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan
kepada maksud kata dasar (kata nama)

lima

kelima

Membentuk kata bilangan tingkat

tiga

ketiga

Membentuk kata bilangan himpunan

tua

ketua

Membentuk kata nama

Awalan pe(N)-

Awalan pe(N) menerbitkan kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar. Kata akar ini selalunya kata kerja.

Awalan pe(N) memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Contohnya:

· alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis

· orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir

· sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin

· orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok

· orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis

· milik sifat seseorang: pemuda, pembesar

· ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung

· hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

pe-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf l, m, w, n dan r.

Kata Akar

Kata Terbitan

lawat

pelawat

lari

pelari

makan

pemakan

masak

pemasak

nafi

penafi

rokok

perokok

wangi

pewangi

pen-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan c, d, j' atau t.

Kata Akar

Kata Terbitan

curi

pencuri

cuci

pencuci

dengar

pendengar

duduk

penduduk

jual

penjual

jemput

penjemput

tipu

penipu

tari

penari

tukar

penukar

tulis

penulis

Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan j, kata akarnya kekal tetapi bagi perkataan yang bermula dengan t, huruf pertamanya akan hilang setelah bergabung dengan imbuhan pen-.

pem-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf b', f dan p

Kata Akar

Kata Terbitan

baca

pembaca

beri

pemberi

buat

pembuat

bantu

pembantu

beli

pembeli

pakai

pemakai

pukul

pemukul

pasang

pemasang

punggah

pemungah

pungut

pemungut

fitnah

pemfitnah

Perkataan yang bermula dengan huruf b dan f akan menggunakan huruf akar, tetapi bagi perkataan bermula dengan huruf p, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.

peny-

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf s, dengan huruf pertama perkataan tersebut digugurkan.

Kata Akar

Kata Terbitan

sokong

penyokong

sembah

penyembah

sapu

penyapu

saring

penyaring

peng-

Imbuhan ini digunakan untuk huruf a, g, h, i, dan u. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf k, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.

Kata Akar

Kata Terbitan

ambil

pengambil

ajar

pengajar

gosok

penggosok

goreng

penggoreng

hantar

penghantar

hisap

penghisap

ikut

pengikut

isi

pengisi

ulang

pengulang

uji

penguji

penge-

Imbuhan ini digunakan untuk perkataan yang terdiri daripada satu suku kata. Kata dasar dikekalkan tanpa mengira huruf pertama.

Kata Akar

Kata Terbitan

cat

pengecat

bom

pengebom

tin

pengetin

sah

pengesah

Kesamaran: Imbuhan untuk k

Imbuhan untuk huruf k berubah mengikut perkataan tersebut. Perkataan yang bermula dengan k boleh diimbuhkan untuk pe-, peng- atau penge. Berikut merupakan contoh contoh kata terbitan:

Kata Akar

Jenis Imbuhan

Kata Terbitan

kerja

pe-

pekerja

kenal

peng-

pengenal

karang

peng-

pengarang

khayal

peng-

pengkhayal

kritik

peng-

pengkritik

keluar

penge-

pengeluar

kesan

penge-

pengesan

Jika diperhatikan, perkataan yang mempunyai dua huruf konsonan di awal perkataan seperti kritik dan khayal akan mengekalkan kata dasarnya dan menggunakan imbuhan peng-.

Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Imbuhan_kata_nama_(bahasa_Melayu)


Kata nama merujuk kepada nama bagi sesuatu benda secara umum, khusus atau sebagai pengganti nama sebenar.

Dalam sepotong ayat ada banyak kata nama digunakan.

Contoh ayat: Hadi menyusun kerusi-kerusi dan meja-meja itu di Dewan Seri Putera.

Hadi

Kata nama khas (orang)

kerusi-kerusi

Kata nama am (benda tak hidup)

meja-meja

itu

Kata ganti nama tunjuk

Dewan Seri Putera

Kata nama khas (tempat)

http://websekolah.bharian.com.my/F1Bm/jul26.html


Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata nama am merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum. Contohnya manusia, tumbuhan-tumbuhan, binatang, tempat, dan benda secara umum.

Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.

Kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara khusus. Contohnya manusia, binatang, dan tempat.

Kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.

http://www.mycliffordschool.net/e-Tatabahasa/index/id17.htm

Apakah yang dimaksudkan kata nama?Bagaimanakah caranya untuk mengenal kata nama? Kata nama ialah kata yang menamakan orang, tempat atau benda. Salah satu daripada cara untuk mengenal pasti sama ada sesuatu kata itu ialah kata nama atau bukan kata nama, ujilah kata tersebut dengan meletakkan kata bilangan di hadapannya. Contoh:

Kata bilangan

Kata nama

lima buah

rumah

lima orang

guru

lima buah

buku

http://www.semestian.net/ghalib/?p=8


A noun is a word used to name a person, animal, place, thing, and abstract idea. Nouns are usually the first words which small children learn. The highlighted words in the following sentences are all nouns:

Late last year our neighbours bought a goat.

Portia White was an opera singer.

The bus inspector looked at all the passengers' passes.

According to Plutarch, the library at Alexandria was destroyed in 48 B.C.

Philosophy is of little comfort to the starving.

http://www.arts.uottawa.ca/writcent/hypergrammar/nouns.html

A noun is the name of a person, place, thing, or idea. Whatever exists, we assume, can be named, and that name is a noun. A proper noun, which names a specific person, place, or thing (Carlos, Queen Marguerite, Middle East, Jerusalem, Malaysia, Presbyterianism, God, Spanish, Buddhism, the Republican Party), is almost always capitalized. A proper noun used as an addressed person's name is called a noun of address. Common nouns name everything else, things that usually are not capitalized.

http://grammar.ccc.commnet.edu/GRAMMAR/nouns.htm

Nouns are commonly thought of as "naming" words, and specifically as the names of "people, places, or things". Nouns such as John, London, and computer certainly fit this description, but the class of nouns is much broader than this. Nouns also denote abstract and intangible concepts such as birth, happiness, evolution, technology, management, imagination, revenge, politics, hope, cookery, sport, literacy....

Because of this enormous diversity of reference, it is not very useful to study nouns solely in terms of their meaning. It is much more fruitful to consider them from the point of view of their formal characteristics.
http://www.ucl.ac.uk/internet-grammar/nouns/nouns.htm

Secara kesimpulannya kata nama ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.






Wednesday, January 21, 2009

Friday, January 16, 2009

Langkah-langkah menggunakan TextSTAT.

Ini adalah kali pertama menggunakan TextSTAT setelah diajar oleh dr.Radiah. Saya cuba untuk menerangkan langkah-langkah yang saya fahami ketika belajar menggunakan TextSTAT.

Langkah 1

Bukakan folder baru. Cara untuk membuat folder baru adalah klik kanan dan anda ambil “new” folder dan namakan fail anda itu.

Langkah 2

Kemudian bukakan folder baru tersebut dan anda akan lihat folder tersebut kosong. Anda perlu klik kanan dan ambil “new” textdocument dan namakan fail tersebut.


Langkah 3

Bahan yang boleh digunakan seperti berita harian on line, Utusan Malaysia dan bahan ilmiah yang lain. Contohnya berita harian dalam bahagian rencana. Klik bahagian rencana pergi bahagian “edit” untuk “copy” rencana tersebut dan klik notepad pada bahagian edit untuk “paste”. Setelah siap klik pada program TextSTAT yang telah di download di http://www.niederlandistik.fu-berlin.de/textstat/software-en.html.

Langkah 4

Seterusnya “double klik” pada TextSTAT dan klik corpus pilih “new corpus dan “add local file” dan masukkan nama fail tersebut “UMrencana1.txt. yang disimpan difolder awal.

Langkah 5

Fail “UMrencana1.txt” seterusnya di simpan dalam corpus sebagai “UMrencana1.crp. Jangan lupa save corpus.


Langkah 6

Semak dibahagian corpus sama ada “UMrencana1.txt” yang telah disimpan ada dalam simpanan.

Langkah 7

Setelah bahan-bahan tersebut terpapar di atas TextSTAT anda boleh la mencuba menggunakan program. Tekan “Word forms” kemudian klik “sort on frequency”. Setelah itu tekan “frequency list” menggunakan fail “txt”.

Langkah 8

Anda juga boleh mencuba menggunakan menggunakan concordance dengan klik “export” pilih “Frequency



Saturday, January 10, 2009

Hangat

MeN- + peR- + hangat + -i
Berdasarkan carian yahoo tiada terdapat perkataan ‘memperhangati’ dan perkataan ‘perhangati’. Tetapi perkataan ‘hangati ‘ ada terdapat dalam carian. Makna perkataan ‘hangati’ yang diberikan enjin carian yahoo terdapat dalam sepuluh muka surat. Kebanyakan perkataan ‘hangati’ lebih kepada lirik lagu, dan puisi. Salah satu contohnya adalah seperti berikut:

Contoh:
kisah cinta ini memang harus berakhir sepi,kadang hati merinduberwarna dalam gelap, teringat jiwa saat hangati cinta di pelupukpurnama bersinar menghapus asa yang telah bersarang dalam gelap.kemanakah cinta ini akan berlabuh...
(Sumber: http://forum.upi.edu/v3/index.php?topic=4314.0)

Berdasarkan carian altavista tiada perkataan ‘memperhangati’ dan perkataan ‘perhangati’. Namun begitu terdapat perkataan ‘hangati’ dalam carian tersebut. Terdapat 509 makna perkataan ‘hangati’. Salah satu contohnya adalah lirik lagu oleh penyanyi lagu Indonesia. Kebanyakan makna perkataan’ hangati’ sama dengan makna yang diberikan oleh google, dan yahoo.
Contoh: Kutautkan hatiku .. kuikrarkan janji .. Kubawa pulang diriku hanya untukmu Kusanjungkan mimpi-mimpi hangati malam Rindu ini membakar hatiku Kuakan kembali pulang .. kuakan kembali pulang
(Sumber: http://kaskusradio.com/lirik/index.php?cmd=6&recid=316)

Untuk mengukuhkan lagi carian perkataan MeN- + peR- + hangat + -i. Saya telah melayari laman web DBP melalui carian tiada terdapat perkataan ‘memperhangati’, ‘perhangati’, ‘hangati’. Tetapi perkataan ‘hangat’ terdapat dalam carian. Contoh:
Kamus Bahasa Melayu
Kata/ Peribahasa
Takrif
Sumber
hangat-hangat
1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan);
Kamus Dewan Edisi Tiga
Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam.
Tidak bersungguh-sungguh.
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu




hangat
1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: <>4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedudukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~;6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~;~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati;hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan);berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari;menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau menyusahkan;menghangati † 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango;menghangatkan 1. = memperhangat menjadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, menggentingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ perdebatan pd hari itu;/i>memperhangat menjadikan lebih hangat;kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ perdebatan itu meresahkan orang ramai.
Kamus Dewan Edisi Tiga
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair.
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
mula hangat(warm start)
Lihat but hangat.
Kamus Komputer





(Karyawan)Ishak Haji Muhammad - Dewan Bahasa dan Pustaka lalu menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang cita-cita beliau untuk menerbitkan sebuah akhbar kebangsaan. Usahanya ini telah mendapat sokongan dan dukungan yang hangat daripada masyarakat dan pada 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu. Dari Tahun 1939 hingga tahun 1941, Ishak bertugas sebagai salah seorang anggota sidang pengarang Utusan Melayu yang pada ketika menghasilkan tidak kurang daripada 23 buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua. Dua buah novelnya Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat sambutan hangat dan telah beberapa kali diulang cetak. Kedua-dua novel tersebut mencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan sasterawan. Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel dan Lawat laman web... URL:http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=849&IID=

SumberKurik Kundi Merah SagaNasi hangat sayur pun hangat, Tumis lobak bersama bawang; Adik ingat abang pun ingat, Memandang gambar terkenang-kenang.
SumberKurik Kundi Merah SagaAir hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat. SumberKurik Kundi Merah SagaNasi hangat sayur pun hangat, Tumis lobak bersama bawang; Adik ingat abang pun ingat, Memandang gambar terkenang-kenang.
SumberKurik Kundi Merah SagaAir hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat.

EnsiklopediaTajukMAKANAN BEMBAMSinopsis
MAKANAN BEMBAM, makanan yang dimasak di dalam bara atau abu hangat.
BidangBUDAYAKlasifikasiMakanan

Khidmat NasihatSoalanMAKSUD PERIBAHASA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM, KERBAU DICUCUK HIDUNG, ADA ANGIN, MELEPASKAN ANJING TERSEPIT DAN BAGAI ITIK PULANG PETANGJawapanMaksud peribahasa hangat-hangat tahi ayam ialah tidak bersungguh-sungguh. Untuk mengetahui makna sesutau peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.
SoalanSelamat pagi : Adakah penggunaan perkataan hangat dalam ayat di bawah betul? 1. Tempat duduknya masih lagi hangat apabila diduduki oleh saya. Adakah ayat ini betul? 2. Kereta ini adik saya naiki. ATAU Kereta ini dinaiki oleh adik saya.Jawapan1.Ayat yang betul ialah: Tempat duduknya masih lagi hangat apabila saya duduk. 2. Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Contoh yang gramatis ialah: Kenderaan apakah yg akan engkau naiki untuk ke Pulau Pinang?
(Sumber: http://prpm.dbp.gov.my)

Kata/Peribahasa
Takrif
Sumber
Terpegang di abu hangat.
Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpijak bara hangat.
Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
(Sumber: http://sbmb.dbp.gov.my/KNB/CarianKata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=hangat&Type=1)